BAHAGIAN PELABURAN DAN PEMBANGUNAN SUBSIDIARI Visi Memaksimumkan pulangan melalui aktiviti pelaburan untuk menjana pendapatan kepada MARA. Misi Mengurus, membangun dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berimpak tinggi. Objektif •Penglibatan dalam bidang perniagaan berimpak tinggi. •Pembangunan hartanah MARA, pengkomersialan program-program MARA untuk menjana pendapatan. •Peningkatan prestasi syarikat-syarikat MARA ke arah memaksimumkan keuntungan. FUNGSI PENGKOMERSIALAN PROGRAM MARA A. Pendidikan 1.Mengkaji cadangan pengkomersialan program pendidikan MARA. 2.Mengenalpasti dan memproses cadangan-cadangan program pendidikan MARA. 3.Menilai cadangan-cadangan program pendidikan MARA melalui kajiankajian yang dilaksanakan oleh kepakaran dalaman atau luaran. 4.Menyediakan laporan penemuan kajian kepada pihak berkaitan untuk perakuan. 5.Menyediakan metodologi pelaksanaan program/projek. 6.Menyediakan templet Standard Operating Procedures and Guidelines. 7.Menyediakan kertas kerja cadangan program/projek bagi kelulusan pengurusan atasan MARA. 8.Membuat pengagihan program/projek kepada anak syarikat mengikut kesesuaian bidang perniagaan. 9.Menguruskan peruntukan pelaksanaan program/projek. 10.Menyelaras dan membuat pemantauan program/projek. B. Perkhidmatan 1.Mengkaji cadangan pengkomersialan program perkhidmatan MARA. 2.Mengenalpasti dan memproses cadangan-cadangan program perkhidmatan MARA. 3.Menilai cadangan-cadangan program perkhidmatan MARA melalui kajian-kajian yang dilaksanakan oleh kepakaran dalaman atau luaran. 4.Menyediakan laporan penemuan kajian kepada pihak berkaitan untuk kelulusan. 5.Menyediakan metodologi pelaksanaan program/projek. 6.Menyediakan templet Standard Operating Procedures and Guidelines. 7.Menyediakan kertas kerja cadangan program/projek bagi kelulusan pengurusan atasan MARA. 8.Membuat pengagihan program/projek kepada anak syarikat mengikut kesesuaian bidang perniagaan. 9.Menguruskan peruntukan pelaksanaan program/projek. 10.Menyelaras dan membuat pemantauan program/projek. PELABURAN BAHARU 1.Mengenalpasti bidang-bidang ekonomi baharu untuk diterokai ke arah penjanaan pendapatan. 2.Membuat kajian-kajian berkaitan bagi melihat potensi pelaksanaan program/projek oleh MARA. 3.Menyediakan laporan penemuan kajian kepada pihak berkaitan untuk perakuan. 4.Menyediakan metodologi pelaksanaan program/projek. 5.Menyediakan templet Standard Operating Procedures and Guideline. 6.Menyediakan kertas kerja cadangan program/projek bagi kelulusan pengurusan atasan MARA. 7.Membuat pengagihan program/projek kepada anak syarikat mengikut kesesuaian bidang perniagaan. 8.Menguruskan peruntukan pelaksanaan program/projek. 9.Menyelaras dan membuat pemantauan program/projek. PEMBANGUNAN HARTANAH 1.Membangunkan aset-aset MARA yang mempunyai nilai-nilai pelaburan bagi menjanakan pendapatan. 2.Mengenalpasti tanah-tanah MARA untuk tujuan komersial (Unlock Asset). 3.Mengenalpasti bangunan-bangunan milik MARA termasuk premispremis perniagaan MARA, IPMa yang mempunyai ruang untuk di sewa / di pajak supaya dapat menjana pendapatan kepada MARA melalui program-program promosi, penyewaaan dan aktiviti-aktiviti lain. 4.Mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk memberi sewa / pajak tanahtanah dan kemudahan MARA kepada pihak luar . 5.Mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk pembangunan semula bangunan-bangunan MARA dan membangunkan tanah-tanah MARA samada melalui anak syarikat atau dengan kerjasama pihak swasta. 6.Mengkaji dan mencadangkan peraturan-peraturan yang bersesuaian dalam pembangunan hartanah MARA untuk diguna pakai oleh pusatpusat MARA. 7.Mengkaji dan menilai cadangan-cadangan pembangunan hartanah MARA yang dikemukakan oleh pusat-pusat MARA dan / atau pihak swasta sebelum diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan pihak Pengurusan. 8.Memantau dan melaporkan kepada Pengurusan prestasi projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dari peringkat perancangan sehingga ke penjanaan pendapatan PENGURUSAN SUBSIDIARI 1.Mengawal, memantau, dan melapor prestasi syarikat yang MARA mempunyai kepentingan dan meningkatkan perlaksanaan ‘corporate governance’ dalam semua syarikat MARA, di samping memantau pelaksanaan dan pematuhan kepada akta, pekeliling-pekeliling dan arahan kerajaan dan MARA. 2.Memastikan Penyata Kewangan (Beraudit) Syarikat Subsidiari MARA bagi tujuan Penyatuan Akaun MARA dikemukakan mengikut tarikh yang ditetapkan. 3.Penyedian Jadual Akhir Tahun bagi tujuan penyatuan dengan Penyata Kewangan MARA. 4.Menguruskan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif dan mengemaskini maklumat Ahli Lembaga Pengarah ke buku Profail Syarikat. 5.Mengawalselia urusan yang melibatkan hal-hal kesetiausahaan anak-anak syarikat. 6.Mengawalselia hal ehwal syarikat berikut:- • Penubuhan syarikat • Penutupan syarikat (berhenti operasi) • Penggulungan/Pembubaran syarikat 7.Memantau dan membuat susulan baki pinjaman serta hal-hal yang berkaitan kes undang-undang ke atas syarikat subsidiari MARA. 8.Mencadangkan pembelian, penambahan, pengurangan atau pelupusan pelaburan MARA. |