Banner
Teks Teks Teks Teks
logo1malaysia
SOALAN LAZIM | PAUTAN | BANTUAN | PETA LAMAN
  • Daftar Baru
taglineBM
LAMAN UTAMA » Bahagian » Jabatan Ketua Pengarah » Bahagian Audit Dalam

navigasi
Perkhidmatan
     e-Pendahuluan
     e-Survey
     e-Aduan
     e-Bayar
     e-Eduloan
     e-Baki
     E-Vacancy
         MARA
         Subsidiari
     e-Premis
     e-Conversion
     SPE
     IKM
     UPIM
    MRSM
    Transaksi e-Perkhidmatan
Forum
Berita-Berita MARA Dalam eWARTA MARA
Tender
     Iklan Tender
     Keputusan Tender
    Iklan Sebut harga
Pautan Pantas
     Kejayaan MARA / Arkib
     UniKL
     KPTM
     GIATMARA
     FITEC
     DDEC
     ASMB
     Muat turun Borang
     Tiket MARA Liner
     e-Kemahiran
     GMI
Pautan Staff
      I-Notes
     MyXchange
     MARAnet
     SKP
     Klinik Panel
     TASKA
     Portal PMD
Laman Sosial
Facebook
Social Networking

BAHAGIAN AUDIT DALAM DAN PENGURUSAN

Latarbelakang

Unit Audit Dalam mula ditubuhkan pada 1 Julai 1979 di bawah tanggungjawab Pengarah Kewangan MARA. Pada 1985 Unit ini telah dipindahkan di bawah Jabatan Ketua Pengarah dan bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah MARA. Pada tahun 1996 Unit ini diletakkan terus di bawah Jawatankuasa Audit MARA dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada jawatankuasa tersebut. Selaras dengan penstrukturan MARA pada 16 Jun 2003, Unit ini telah dinaikkan taraf kepada Bahagian Audit Dalam & Pengurusan (ADP) MARA.

Tujuan dan skop penubuhannya telah dijelaskan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1979 yang berkuatkuasa pada 15 Ogos 1979 serta membuat penambahan ke atas peranan audit dalam iaitu memberi khidmat perunding dan menambah nilai kepada organisasi. Melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 tahun 2004 bertarikh 12 Oktober 2004 pula, pelaksanaan audit dalam telah diperkemaskan dan fungsi audit telah diperjelaskan dengan terperinci.

Audit Dalam telah mengalami perubahan selaras dengan pengstrukturan semula MARA secara besar-besaran mulai tahun 2003. Selain dari itu, perkembangan–perkembangan dan penambahan aktiviti-aktiviti dalam organisasi MARA turut menyumbang kepada perubahan/evolusi Audit Dalam di MARA.

 

VISI

  • Menjadi satu Bahagian Audit yang profesional dengan melaksanakan pengauditan secara efisien, ekonomik dan efektif bagi membantu Pengurusan MARA meningkatkan lagi keutuhan pentadbiran dan pengurusannya .


    MISI

  • Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas serta mengemukakan laporan seimbang kepada Jawatankuasa Audit MARA (JAM) dan Pengurusan ke arah peningkatan kawalan dalaman dan akauntabiliti Pengurusan MARA.

     

    OBJEKTIF OPERASI

    i. Memastikan setiap program dan aktiviti MARA dilaksanakan mengikut matlamat, dasar dan peraturan yang ditetapkan dan diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan.

    ii. Menyediakan laporan yang berkualiti dan seimbang untuk dilaksanakan selaras dengan objektif audit.

    iii. Memberi khidmat nasihat dan cadangan penambahbaikan kepada pengurusan MARA untuk memantapkan kawalan dalaman bagi meningkatkan tahap akauntabiliti organisasi MARA.

    iv. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman ke atas sistem-sistem yang diaudit.

     

    PIAGAM PELANGGAN

    i. Laporan audit disiapkan dalam tempoh purata empat (4) bulan dari tarikh lawatan audit yang pertama di luar Ibu Pejabat
    ii. Melaporkan hasil penemuan audit kepada Jawatankuasa Audit MARA (JAM) dan Jawatankuasa Penyelarasan dan Penemuan Audit MARA (JPPAM) sekurang-kurangnya 4 kali setahun
    iii. Membuat susulan ke atas kesemua cadangan penambahbaikan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Audit MARA (JAM) dan Jawatankuasa Penyelarasan dan Penemuan Audit MARA (JPPAM) dalam tempoh 12 bulan


    FUNGSI AUDITAN

    Jenis-jenis auditan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
    • Audit Pengurusan/Prestasi
    • Audit Pematuhan
    • Audit Siasatan
    • Audit Penampilan


    Audit Pengurusan/Prestasi

    Objektif auditan ini adalah untuk menilai dan menentukan sesuatu program atau aktiviti organisasi telah mencapai matlamatnya dan sumber digunakan serta diurus dengan efektif, efisien dan ekonomik.


    Audit Pematuhan

    Adalah pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan sama ada pendapatan, perbelanjaan, aset dan stok diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan.

    Audit Siasatan

    Adalah pengauditan yang dijalankan untuk menyiasat sebarang aduan yang diarahkan oleh Jawatankuasa Audit MARA atau Ketua Pengarah MARA.

    Audit Penampilan

    Adalah audit yang dijalankan secara mengejut (spot check) ke atas pusat-pusat operasi MARA.

     

    JAWATANKUASA AUDIT

    Semua laporan auditan dibentangkan kepada jawatankuasa seperti berikut:

    Skop Auditan Mesyuarat
    Audit Prestasi
    • Jawatankuasa Audit MARA
    • Jawatankuasa Penyelarasan dan Penemuan Audit MARA
    Audit Pematuhan
    • Jawatankuasa Penyelarasan dan Penemuan Audit MARA
    • Jawatankuasa Kewangan dan Belanjawan MARA
    Audit Siasatan
    • Jawatankuasa Penyelarasan dan Penemuan Audit MARA
    Audit Penampilan dan Susulan
    • Jawatankuasa Penyelarasan dan Penemuan Audit MARA

     

  •